#55 Trip Ke Wet World Air Panas Pedas
Asalamualaikum semua.Mr.Iez harap semua sihat sejahtera...Eceh.haha
Kali ini Mr.Iez nak cerita pasal pengembaraan 7 orang sahabat ke Negeri Sembilan..
Pagi sabtu 11 Mei 2013,Mr.Iez dan kengkawan mengembara ke Negeri Sembilan untuk pergi madi di Wet World.5 orang naik kereta dan lagi 2 orang naik motor.
Kali ini Mr.Iez nak cerita pasal pengembaraan 7 orang sahabat ke Negeri Sembilan..
Pagi sabtu 11 Mei 2013,Mr.Iez dan kengkawan mengembara ke Negeri Sembilan untuk pergi madi di Wet World.5 orang naik kereta dan lagi 2 orang naik motor.
Bonet penuh dengan barang ..
Penunjuk Arah Mr.Amirul@CJ and Pemandu kereta Mr.Khidir@Acek Wan
Bosan2,Layan Power Rangers dulu.haha
Selamat sampai di Negeri Sembilan..
Sudah sampai di Wet World Air Panas Pedas.
Mr Amirul@CJ dengan gaya outingnye
Mr. Adri pula dengan gaya Outingnye
Kami bertolak dari pukul 11 dan samai dalam pukul 1.30p.m.so kami pon menunaikan solat zuhur sebelum menyelam masuk ke dalam air.
Walau ke mana sahaja,Solat mesti ditunaikan..
Lepas je solat tu,semua pergi salin baju and ape lagi,kitorang pun terjun la ke dalam air,kitorang yang umur 19 tahun nie pun kalau dah jumpe swimming pool, hilang 10 tahun memang macam budak2 je..haha rugi betul x dapat amek gambar waktu mandi tu..kalau x mesti korang gelak2 je ngan gelagat kitorang.
Mr. Amirul ngan Mr. Zul pergi sewa pelampung tok main gelongsor,so kitorang pun gilir2 naik gelongsor tu.ada jugak gelongsor tak payah pakai pelampung..So ape lagi,kitorang wat gelongsor tu macam kitorang punye..berkali kali naik, Safeguard tu pun dah muak tengok muka kitorang.haha best gile.
Penat mandi,singgah food court kejap makan-makan,
Lepas rehat-rehat,makan-makan kitorang ke kolam air panas pulak.kitorang punyalah ingat nak wat cam Jakuzzi kat situ tapi sekali letak tangan dah macam melecur tangan.memang betul-betul air panas haa kau...haha 40 darjah celcius.Tapi member Mr. Iez, Mr. Aliff tak taula dia kulit ape ngan,memang dia boleh masuk dalam kolam tu banyak kali plak tu..wa tabik lu la bro..haha
Melihat keindahan kolam air panas..
Ciri-ciri Boss berehat kat Jakuzzi..perghh...
Waktu nak balik tu dapat tengok merak bukak ekor.bukan senang nak dapat peluang nih.
Dah habis mandi,now on the way to rumah Mr. Amirul
Kitorang habis mandi dalam pukul 4 p.m...Mr. Amirul tinggal kat Negeri Sembilan je. So kitorang singgah ke rumah dia kejap,Solat Asar pastu mak dia ada buat meehun ngan nasi ayam..perut masing -masing tengah lapar.memang melahap lah kan..Serius sedap masakan mak Mr. Amirul...Terima Kasih mak cik...Lepas makan semua kitorang ke Jj plak..haa pergi main bowling plak.Mr. Iez yang beriya-iya nak main tapi dapat last skali..malu betul..haha.tapi seronoklah gerak ngan member-member.
Tengah tunggu turn nak baling..
Muka-muka pemain kebangsaan suatu hari nanti..eceh..
Lepas habis main bowling ngan main kereta..2 orang penunggang motor duduk kat massage chair kejap..
Kitorang bertolak dari jj pada pukul 11p.m and sampai rumah dengan selamat pada pukul 1.a.m. so genaplah kitorang kat Negeri Sembilan 12 jam..haha
-THE END-
hope korang gembira dengan entry Mr.Iez kali ni..jangan lupa pergi kolam air panas nanti k..best kalau pergi ngan kengkawan...Ni saja dari Mr. Iez..
Asalamualaikum...
Comments
Post a Comment