#53 Cinta Ulam part 11
"Along,ingat pesan ibu ye,jangan tinggal solat,kalau ada apa-apa telefon ibu ye".Kedengaran nada suara ibuku seperti sedang menahan kesedihan.Walaupun aku berpisah dari ibuku dari tingkatan 1 kerana duduk di asrama,ibuku masih lagi terasa sedih.Aku pun turut terasa sedih kerana sekali lagi meninggalkan keluargaku untuk mengejar impian ku."Along, bila along balik lagi,tak best la along takde kat rumah".Kata Haikal yang lebih manja denganku berbanding dengan Naim.Selepas aku menyalam ibu,ayah dan adik-adikku,mereka berangkat pulang.Aku pula naik ke apartment blok rumah aku,dan seperti sem sebelum ini,housemate aku masih pemuda-pemuda yang gila-gila belaka."Wei, mane Izzat".Tanyaku."Dia tak sampai lagi".Ujar Amin.izzat lah orang yang paling senang untuk detect kehadirannya kerana dia adalah seorang yang riuh tapi tanpa dia tak best rumah kami ini.Aku mula menyusun semua barang ke dalam almari pakaian dan kelihatan semua orang sudah berada di dalam keadaan yang mengantuk sama seperti aku."Hello everybody". Jerit Izzat sebaik sahaja dia sampai di rumah itu lalu mengacau Fauzan yang tengah tidur di ruang tamu."Wei korang,bangunlah..tak syok ka aku dah sampai ni?".Izzat menjadi seperti Warden yang memasuki dari bilik ke bilik untuk memberitahu housemate aku yang dia da sampai.Aku hanya ketawa dengan gelagat dia ni.Sesudah habis solat Isyak.aku baring di katilku sambil melihat telefon bimbitku.kelihatan ada mesej dari Shahira menanyakan adakah aku sudah sampai ke Utem ke belum.Aku hanya membalas dengan beberapa perkataan sahaja kerana badan aku sudah menunjukkan kelesuan yang memberitahu aku bahawa badan aku ini hendak rehat.Semester ini "roomate" aku adalah Izzat..Haish,bingit nanti bilik aku dengan nyanyian dia..hihi.sudah tiba masa untuk aku beradu.
Comments
Post a Comment