#52 Cinta Ulam Part 10
Bangun,tidur,bangun,tidur hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk ku berada di rumah ini.Tak lame lagi aku akan pulang ke Utem untuk menyambung pelajaran di semester ke 3.Dan seperti sem sebelum ini,waktu inilah yang paling aku tak minat iaitu kena kemas barang untuk dibawa ke sana. Haih,apa mahu buat kan,kena la kemas.Sekali lagi pasti aku rindu akan rumah ini dan keluarga."Along,Kenapa cepat je rasa along nak balik ke sane?".Tanya Haikal."Haikal,Along dah duduk sini dah lebih sebulan tau,yela pagi hantar Haikal ke sekolah pastu tidur,petang ambil Haikal dari sekolah malam tidur lagi,lagipun masa berlalu cepat.Haikal jangan risau nanti Along balik la lagi k".Ujarku menenangkan Haikal.Antara aku dan Naim,Haikal lagi rapat denganku kerana Naim asyik buli dia sahaja."Along nanti balik sane kirim salam kat kakak ipar angah k,Kak Shahira".Ujar Naim.Sekali lagi di depan ibu dan ayahku Naim sebut nama Shahira."Aduh,along,sakitlah". Ujar Naim setelah kene tamparan hangat aku di belakang badan.Ibu dan Ayah hanya ketawa melihat gelagat anak-anak mereka.Kedengaran bunyi telefonku menunjukkan ada mesej."Hmm,Kak Shahira la tu". Ujar Naim.Aku hanya berdiam diri kerana memang betul Shahira yang menghantar mesej itu.Aku dan Shahira sudah semakin menjadi kawan karib kerana selalu juga mesej.Aku juga seperti menyimpan perasaan terhadap Shahira kerana dialah kawan wanita pertama keluar denganku dan selalu mesej denganku.Ishh,tak perlu aku fikir pasal benda itu lagi,jika ada jodoh kahwinlah kami berdua.haha."Along,kalau ada apa-apa yang perlu dibeli,esok kita semua pergi ye".Ujar ayahku. "baik ayah"."Ok,esok sambung kemas ye,dah pukul berapa dah ni..nanti esok susah nak bangun pergi sekolah nanti".Ibuku menyuruh kami semua tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.30 p.m.Masing-masing menuju ke bilik sendiri dan kosonglah bilik aku."Along,kitorang tidur kat sini ye". Kata Naim dan Haikal.Nasib baik kami adik-beradik tidak berbadan besar,hanya sederhana jadi katil aku masih boleh mampu menampung berat kami bertiga."Along,macam mana kalau Kak Shahira tu suke makan ulam?".Satu pertanyaan keluar dari mulut Naim."Biar jela dia makan ulam,along tak makan lah".ujarku senang.Haikal sudah tidur di antara aku dan Naim.Mataku pun sudah mulai memberi isyarat bahawa dia inginkan rehat.Lalu aku menutup lampu dan beradulah kami bertiga.
Bersambung....Selamat membace..
Bersambung....Selamat membace..
Comments
Post a Comment