#51 Cinta Ulam part 9
"Ibu along dah sampai".Aku terdengar jeritan adikku,Haikal ketika turun dari bas.Sungguh gembira di hati aku tatkala melihat wajah keluarga aku yang sudah lama tak jumpa.Aku memeluk erat ibu dan ayah.Haikal dan Naim menolong aku mengangkat barang ke dalam kereta.Kami berhenti di Supermarket kerana ibuku ingin membeli barangan dapur.Setelah itu kami semua berangkat pulang.Wah..rindu betul aku dengan rumahku ini,tempat tidurku dan semuanya."Along pergi siap-siap dulu,nanti turun makan ye". Ujar ibuku.Aku hanya menurut.Lantas aku bangun untuk membersihkan diri dan bersiap untuk makan malam bersama keluarga aku.Baru hari ini aku dapat merasa makanan ibu setelah 4 bulan di perantauan,memang lahap aku makan.Setelah habis makanan kami jamah,aku terus naik ke bilikku dan menunaikan solat isyak dan terus baring kerana kepenatan."Along dah nak tidur ke,jom la borak-borak ngan kitorang". Ujar Naim."Nak borak ape,along penat ni,esok-esok kita borak la.kan along lame lagi nak balik sane".Aku terus tidur.
"Along,malam tadi ada orang hantar mesej kate selamat malam...nama dia Shahira".Ujar Naim sewaktu kami semua bersarapan lantas membuatkan aku terkejut."Siape suruh angah tengok tepon along".ujarku semula. "Haa,along dah ade makwe ye..ibu nanti dapat menantulah..haha". "Ish angah ni,along dah besar biarlah,yang kau pergi tengok telefon dia kenape??".Padan muka Naim kena marah dengan ibuku,selepas habis makan nanti aku 'smackdown' dia pula sebab tengok telefon aku tanpa kebenaran..hahah."Along cuti sampai bila ye?".Tanya ayahku. "hmm..sampai hujung bulan 5 nanti".jawabku.Kami semua menumpukan semula perhatian ke atas sarapan yang dimasak oleh ibuku. "Owh..dah pandai tengok telefon orang ye..sape ajar?along pon tak tengok telefon angah kan". Sudah mula pergelutan aku dan adikku ini. Haikal hanya ketawa melihat gelagat kami.Apabila berada di rumah,memang 24 jam masa aku untuk membuka facebook dan blog aku yang agak berhabuk itu kerana agak lame tidak dibuka.Setelah mengupdate segala info yang ada,aku menaiki motorsikal ke rumah kawanku tidak jauh dari rumahku untuk main PS2.Lame-lame kat depan laptop bosan jugak,jadi aku main PS2 pula.Dari petang sampailah ke malam aku berada di rumah Akmal bermain PS2,kini tiba masa untuk aku pulang ke rumah.Sampai di rumah aku terus membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum turun ke bawah untuk menjamah makanan."Along,esok hantarkan Haikal ke sekolah ye".Ujar Haikal yang manja dengan ku."Boleh je,nanti along hantarkan ye".Ujarku semula."Along,pinjam laptop ye,angah nak gune kejap k".Tanya angah kepadaku."Ambil jelah,nanti simpan dekat tempatnye semula k.Aku terus melelapkan mataku kerana esok perlu bangun agak awal untuk menghantar Haikal ke sekolah.
Bersambung....Selamat membaca...

Comments
Post a Comment