#46 Cinta Ulam part 5

"Asalamualaikum Shahira,hmmm sabtu nanti Moiez boleh teman Shahira k sebab kawan Moiez semua malas nak keluar". ujarku sewaktu bertembung dengan Shahira di kafeteria Universiti kami."Oh,baguslah...terima kasih Moiez sebab boleh temankan Shahira,hmmm... kite pergi pukul 10 pagi la ye...". Nada suara Shahira kedengaran seperti gembira apabila aku akan menemani dia keluar sabtu ini..."Jumpa sabtu nanti ye..Asalamualaikum"....ujar Shahira lalu pergi ke arah rakan-rakannya yang menunggu di pintu masuk kafeteria itu.Hmmm...Minta-minta tiada apa yang berlaku sepanjang aku keluar dengan dia nanti,dahla aku tak pernah nak keluar dengan gadis berdua je.Seperti biasa,aku dan member aku pulang ke rumah setelah tamat kuliah."Arghh,penatnye hari ni...aku tak tau sebab ape".kata Izzat yang terus merebahkan diri di hadapan.Apa yang dikatakan itu benar kerana hari ini bukan seperti hari yang lain,hari ini rasa letih sedikit.Aku terus membersihkan diri dan menunaikan solat. Kelihatan kawan-kawan aku berada di bilik masing-masing merehatkan diri,aku juga begitu...Kami semua sudah melantak awal-awal di kafeteria sebentar tadi kerana tahu perkara ini akan terjadi...hihi..mata semakin kecil dan aku terus mengikut kehendak badanku yang inginkan rehat yang secukupnya...

oooo

"Oit......bangun mandi,sembahyang dan jom kite g makan".Hakim mengejutkan aku dari tidurku yang nyenyak sebentar tadi. Aku terus bangkit dan melakukan apa yang patut dan terus bersama mereka ke kedai mamak  berdekatan."Wei,cam ner ngan assignment yang Puan Heliza suruh buat tu?".Ujar Fauzan. "Rilek lah,nanti kite wat la sama-sama sabtu ni...Opps,lupe ada orang nak keluar sabtu ni..hahaha".Dengan ini bermulalah sesi diorang untuk kenekan aku. "ish korang nih,makan jelah..tak payah cakap pasal aku..hihi".Aku sengaja buat nada yang tegas tetapi mereka hanya gelakkan aku sahaja kerana mereka tahu aku bukanlah seorang yang tegas sangat.. Seperti biasa kerjaku setiap malam,mengupdate blog dan online sebelum mata ingin berehat..Esok adalah hari jadi aku so ada la yang wish dekat facebook,so aku rasa bangga jugaklah...hahaha. "Wei,Moiez,tolong aku jup".Jerit Izzat dari ruang tamu."Ala,aku ngantok la,esok jela kan takde kuliah esok". Ujarku semula."Wei,serius ni tolong jup...yang lain pun tak tau nih... CEPATLAH.... ". Aik pelik betul nada Izzat kali ini kerana dia tidak pernah meminta tolong sebegini.Aku pun merelakan diri ke ruang tamu. Hanya kelihatan Izzat di ruang tamu itu..."Wei,tolong wat ni jup".Izzat menghulurkan sehelai kertas kepada aku."Wei Ijat, Tak de pape pun kat kertas ni". Ujarku. 'PAKKK'.Aku rasakan ada sesuatu yang jatuh ke atas kepala ku dan ternyata frasat ku betul...Itu adalah TELUR.. "Selamat  hari jadi".. jerit semua kengkawan aku.rupa-rupanya ini semua adalah rancangan untuk membaling telur kepadaku. Memang berdas-das aku kene baling telur dengan kawan-kawan aku.Patutlah Izzat beria-ria memanggil aku keluar tadi.Dan kekejaman itu divideokan menggunakan telefon Izzat...haha."Wei, Moiez... banyak telur ko..hahaha".ujar Izzat. Lebih kurang 6 biji telur dibaling kepada ku dan ruang tamu sudah seperti tempat membuat kek kerana habis berselerak tepung dan telur di atas lantai. Arghh...tak taulah berapa lame nak menghilangkan bau telur ini kat badan aku ini........

Selamat membaca........Asalamualaikum..........
Klik sini tok membaca....Cinta Ulam part 6

Comments

Popular Posts