#42 Cinta Ulam part 3
Hari silih berganti dan pejam celik pejam celik aku dah 2 bulan di Utem ini.Banyak sangat 'assignment' and report yang perlu aku dan dak kelas aku hantar. Jadi setiap malam kami semua akan berkumpul di kampus induk untuk melakukan group work."Wei, Moiez...esok gerak Melaka Central jom" Ajak Hisyam 'classmate' aku. Aku hanya menurut kerana esok adalah hari sabtu jadi tiada kelas berlansung pada hari tersebut. Esok Melaka Central akan dibanjiri dengan kedatangan kami semua.Setelah habis Group work dijalankan,aku dan yang lain ke kedai makan berdekatan apartment kami."Moiez,member aku kirim salam".kata Fauzan. "Fuyoo, ada minah kirim salam kat Moiez". Ujar Izzat yang selalu mengusik orang. "Eh. tah betul ntah tidak ko ni".Ujarku kaget kerana aku bukanlah student yang terkenal kat sana. "Ko kenal Shahirah tak..pelajar kejuruteraan elektrik,membe aku tuh..dia kirim salam". Baru aku tahu siapa dia. Aku pernah terserempak dengannya. "Wow..Hot giler ko nih Moiez,ada minah kirim salam". Farouk pula kenakan aku. Aku biarkan sahaja mereka. Memang lumrah kami satu rumah ini,asal dapat kenakan orang memang 'kawkaw' kasi. Dari mula kami sampai di kedai makan sampailah ke apartment kami, mereka tidak abes-abes kenakan aku lagi-lagi si Izzat. "hmm, mintak-mintak si Shahira tu suke makan ulam,berubah lah jugak kawan kita ni". kata Izzat yang membuatkan semua orang ketawa. "Ko nih ijat,kirim salam jer bukannya pape pon". Ujarku semula.Masing-masing sudah berada di kamar masing-masing dan esok akan kosong rumah ni kerana semua akan mengembara ke Melaka Central . Aku pun tidak terkecuali merebahkan diri di atas katil.
ooooo
Pagi sudah menjelma.seperti biasa Hakim bangun awal dan kejutkan semua orang di rumah itu untuk menunaikan sembahyang subuh.Aku berasa syukur apabila ada membe macam Hakim kerana tidak lupa akan tuntutan agama dan mengajak orang sekali dalam perkara tersebut.Setelah selesai solat subuh secara berjemaah,aku sambung semula tidurku dan bercadang untuk bangun pada pukul 10 pagi kerana kami akan bertolak ke Melaka Central pada pukul 11 pagi. "Woi...Wahai penghuni-penghuni rumah ini sekalian...bangunlah anda semua kerana kita nak pergi ke Melaka Central...dah dah...bangun cepat". Seperti biasa suara Izzat yang memecah suasana pagi sabtu itu dengan 'anouncement' dia tu. Dalam pukul 10.30 pagi aku dan semua rombongan bertolak dari apartment ke Melaka Central. "Asalamualaikum". Kedengaran suara seorang perempuan menyapa aku. "Waalaikumsalam, eh Shahira...pergi jugak ker?". Aku kaget kerana Shahira pun ikut sekali. Dia hanya mengangguk dan pergi berkumpul di tempat perempuan yang lain. Jika diikutkan pelik juga rasanya di hati apabila seorang perempuan menegur.Boleh dikatakan 60% daripada penumpang bas awam itu adalah kami semua. "Moiez,Shahira pandang-pandang ko kot tadi dalam bas". Ujar Fauzan apabila kami sudah berada di hadapan Melaka Central ini. "biarkan aje Zan... aku tak kisah pun".ujar ku semula. Setelah seharian berjalan akhirnya sampai juga kami di apartment yang tercinta.haha.Aku seperti biasa membersihkan diri,menunaikan solat dan terus menghadap komputerku untak mengupdate blog dan sebagainya......
Bersambung..... Sori kat korang semua sebab da lame x update blog...cuti kan so x g memane pon so xde entry lain nak diupdate...hihih...Asalamualaikum..selamat membaca.....
klik untuk membace.....Cinta Ulam part 4

Comments
Post a Comment