#41 Cinta Ulam part 2

"Oit, Moiez bangunlah, kan kite ada kuliah,ko ni baru first day da wat lambat memang ko kene nanti". Hakim mengejutku dari tidur yang lena. Universiti kami tidak seperti yang lain kerana kami harus menaiki bas untuk ke kampus.Bagi siapa yang ada transport sendiri boleh je pergi sendiri. "Hakim,nasib baik ko kejut aku,sempat gak masuk kuliah ni". Aku berterima kasih kepada Hakim. Seperti biasa riuh rendah klas  aku kerana masing-masing ingin menceritakan tentang percutian semester mereka. Tapi syukur kerana semua kawan aku masih dalam keadaan sediakala,tiada cacat cela.Seperti biasa juga semua tidak bermaya apabila pensyarah telah memasuki kuliah untuk mengajar. "Wei,jom la pergi makan kat kedai mamak cam biasa". Ujar Syamim kepada aku dan 'membe' aku yang lain.Kami hanya menurut. Farouk dan Fadhil tidak ikut serta kerana mereka bukanlah sama fakulti seperti aku dan 'housemate' aku. Kami berpeluang melihat gelagat junior semester 1 yang mendaftarkan diri di Utem ini. "Hang dok gelak-gelak kat depa,hang dulu pun sama saja". Kata Izzat apabila melihat Fauzan seronok akan gelagat semester1. Kami pun hanya bergelak ketawa sepanjang perjalanan ke gerai mamak itu. Makanan sudah di'order'....."Wei,petang ni nak g mane,rilek la jom gerak jalan-jalan...tau la first day masuk blaja balik so jom la enjoy". Kata Hakim beria-ia selalu tetapi hasilnya sebaliknya..."Wei, korang malam ni kite g beli ulam nak tak...da lama x makan ulam, Tol x Moiez". Ujar Amin membuatkan semua di situ gelak ketawa...Mereka tahu aku tidak makan ulam dan perkara itu sahaja yang mereka boleh kenakan aku..Pernah sekali pada semester yang lepas mereka kenakan aku dengan memasukkan ulam di dalam mulutku sewaktu aku sedang tidur...Nasib baik aku sedar ketika itu dan aku terus mengeluarkannya semula..."Owh.. mentang-mentang aku tak makan ulam,korang perli aku ye". Kataku membuatkan suasana di kedai itu riuh.Sesudah kami makan, kami pulang semula ke kampus untuk kuliah seterusnya.  Kelihatan Farouk dan Fadhil di lobi kampus.Izzat adalah seorang yang suke mengacau orang,jadi dia membuat muka kenyangnya di hadapan mereka berdua kerana mereka tidak ikut serta bersama kami...Kuliah yang berlansung selama 2 jam itu sudah tamat menandakan sudah tiba masanya untuk aku pulang ke apartment dan TIDO..itulah kerja aku sepanjang aku bergelar pelajar.."Moiez, tak nak g makan-makan ke..nanti malam ko lapar kitorang da tidur da..". Ujar Hakim apabila melihat aku tidak turut serta dalam 'ekspedisi' ke kedai makan pada malam hari ini". "xpela Hakim..ko bungkuskan je kat aku nasi goreng..nanti aku bayar. Aku tidak ikut  serta kerana sibuk 'mengupdate blog' aku dan facebook aku.Nasib baik dapat 'membe' yang seperti mereka yang just happy and easy going.

Bersambung....hmm kalu ada pape jangan segan k komen supaya Mr. Iez le perbaikinya...sebab still lack of idea ni..k..hihi

Asalamualaikum.....
klik sini untuk membaca  Cinta Ulam part 3

Comments

Popular Posts