#39 cinta Ulam Part 1
"Ibu tengok Pak Usu ni...dia nak kasi along makan ulam., Tak nak la Pak Usu,Along tak makan ulam".Peristiwa sewaktu aku kecil itu terngiang-ngiang kembali secara tiba-tiba. Ya, aku adalah seorang yang membenci ulam sejak dari kecil lagi berlainan pula dengan keluarga ku yang gemar memakan ulam. Pernah sekali aku mencuba ulam dan aku muntah serta merta kerana kepahitannya. Ahh aku tidak mahu mengingati kembali sejarah silam aku dan ulam. "Along,ibu panggil makan....". Jerit Haikal,adikku. Aku segera turun ke bawah untuk menjamu selera. Seperti yang aku jangkakan, setiap hidangan yang ibuku masak, akan ada satu lauk yang merupakan ulam kerana adik-adikku dan ibuku gemar makan ulam tidak seperti aku. "Along, cuba lah makan sikit ulam tu". Pinta adikku Naim yang sedang menghulurkan pinggan berisi ulam kepada ku. aku menolak. "Hmm.... macam mana nanti kalau along dapat isteri yang suka makan ulam macam kitorang ni kan ibu?". Ujar Naim. Ibu hanya ketawa. " Ish angah ni,minta-minta pulak., along ni bru 19 tahun, so takdenye nak pikir pasal kahwin lagi..., Lainla macam angah baru 16 tahun da ade awek,patut cepat jer abes kredit tepon tu....hihi". Aku melihat muka Naim bertukar kemerahan kerana takut ibu tahu. "Ish korang ni, depan rezeki tu,dah makan dulu, nak bergaduh nanti kat atas tu". Ujar ibuku yang agak 'sempoi'. Kami sekeluarga hanya bergelak gembira.Pada esok hari aku akan pulang ke kampus aku kerana cuti semester sudah pun berakhir. Naim menolong aku mengemas barang untuk di bawa ke universiti aku iaitu Universiti Teknikal Melaka (Utem). "along ni gtau ibu kenapa pasal awek angah, nasib baik tak kantoi tau..". Ketawa besar aku dibuatnya. "Biasalah angah,perkara normal je tu.tak payah nak berterima kasih kat along.". Naim mengalih pandangan ke arah lain selepas aku berkata sedemikian."Along dah nak balik ke?". Haikal memasuki bilikku. "Nanti sape nak main ngan Haikal,angah ni asyik buli Haikal je along tau tak?"." Haikal nanti along balikla ke sini semula k.Kalu angah buli Haikal, pukul dia balik tau.". sungguh riuh bilikku pada malam itu.
Kelihatan 'housemates' aku sewaktu semester lepas menunggu kedatangan ku kerana kami sudah berjanji untuk menetap bersama-sama pada semester ini dan insyaAllah semester seterusnya juga."Lambat ko sampai,da lama kitorang menunggu tau... apalagi ,malam ni ko kene belanja kitorang la". Ujar Hakim 'roommate' aku pada semester lepas.Selepas aku meletakkan semua barangku di apartment Utem, aku pergi bersiar-siar bersama keluarga ku sebelum mereka pulang ke Shah Alam."Along,nanti jangan lupe telefon kalau ada apa-apa masalah ye".ujar ibuku sedang menahan sedih berpisah denganku. "Ala ibu ni... rileksla,bukan kali pertama along pisah ngan keluarga kan". Ujarku ingin tenangkan ibuku. kelihatan kereta yang dipandu ayahku meninggalkan perkarangan universiti.Nampaknya sekarang aku perlu berdikari semula setelah sebulan berada di rumahku di Shah Alam."Moiez, jom g makan". Ajak housemates aku semua. kami baru berkenalan selama 6 bulan.sebelum ini aku dan housemate aku bukanlah datang dari sekolah yang sama.Ada datang dari johor,melaka dan lain-lain.Setelah mengenali antara satu sama lain pada semester lepas,kami bercadang ingin menjadi housemate lagi dan syukur pada semester ini kami berada di apartment yang sama. memang riuh kedai mamak berhampiran apartment itu oleh kami berlapan.Pada masa inilah semua menceritakan tentang cuti diorang selama sebulan. Esok bermulanya aku sebagai pelajar setelah berehat panjang.
Bersambung.... Thanks kerana membaca..
klik tok baca....Cinta Ulam part 2

Comments
Post a Comment