#31 Carta Hati part 10


Tarikh perkahwinan aku dan Nadia telah ditetapkan lebih kurang 5 bulan dari sekarang.Walaupun tempoh itu agak lama lagi namun aku rasa amat berdebar kerana selepas itu aku akan bergelar suami,jadi tangunggjawab aku akan bertambah."Untunglah kawan aku dah nak berkahwin". Perli Syazwan yang berada di mejanya."bersyukur rezeki,ko pun mesti tak lama lagi dengan Farah ko tu".Syazwan agak terkejut bagaimana aku mengenali kekasih dia yang bernama Farah kerana memang Syazwan tidak pernah sebut tentang kekasih dia. "kalau ko nak tahu,Farah tu kawan Nadia.Dia lah yang suruh Nadia interview kat sini". Syazwan tergamam sebentar.Kami sambung semula kerja yang bersepah di atas meja masing-masing.Setelah tamat waktu pekerjaan,aku dan Nadia terus ke butik perkahwinan yang pernah aku pergi bersama Intan dahulu.Warna tema perkahwinan kami adalah biru yang merupakan warna kegemaran kami berdua."Awak,cantik tak baju ni".Aku seperti dipukau oleh kecantikan Nadia tatkala dia memakai salah satu baju di situ.Tidak tergambar amat cantik baju itu. "Cantik la awak,kalau awak minat boleh lah tu". Aku dan nadia sudah memilih baju.Hanya menunggu masa untuk kami menyarungkan baju itu.hmm.. sudah tidak sabar rasanya dihati ingin bergelar suami dan ayah,insyaALLAH.Aku menghantar Nadia ke rumah dan aku segera pulang ke rumahku. "Seronoknye abang kite ni nak kahwin,tak lama lagi kita semua akan dapat akak baru". ujar Syafiq menyindir aku. Aku terus menangkap Sayfiq dan terus menggeletek dia. Itulah rutin kami sekeluarga dan itulah yang menyatukan kami semua. "Tapi naati abang Moiez ada anak,dia mesti lupe pasal kite". Kata Haikal. "Walau macam mana pun,abang tak lupe adik-adik abang ni la".ujarku dan menggeletek Haikal pula. Aku ke bilik ibuku dan tidur di ribanya. Walaupun aku sudah 23 tahun dan ingin berkahwin,aku masih manja dengan ibuku. "Ish,Moiez ni,da nak kahwin pun macam ni lagi". "Ala,nanti lepas kahwin Moiez da tak boleh da nak baring macam ni lagi". Ujarku semula. aku memberitahu ibuku yang aku ingin ke atas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.Hmm seperti biasa aku akan menelefon buah hati aku sebelum aku dibuai mimpi.

Bersambung.........Carta Hati part 11
Selamat Membaca

Comments

Popular Posts