#30 Carta Hati part 9


Semakin hari hatiku rasa semakin tidak tentu arah kerana teringatkan Nadia.Perkara ini juga terjadi apabila aku jatuh cinta dengan Intan suatu masa dahulu.Di siang hari aku akan berjumpa Nadia dan di malam hari kami akan berkomunikasi melalui telefon.Aku rasa aku sudah jatuh hati padanya namun aku takut untuk meluahkan rasa."Cik Nadia,petang ni keluar makan dengan siapa? Leh tak kalau keluar makan dengan saya?". Aku mengajak Nadia makan bersama.Syazwan juga ikut sekali.Kami menjamah makanan yang dihidangkan.Setelah habis makanan yang dijamah kami makan,Syazwan seperti biasa akan ke kaunter untuk membuat pembayaran.Sementara waktu yang ada ini aku memberanikan diri untuk berterus terang di depan Nadia.
"Ermm Cik Nadia,andai apa yang saya ingin sampaikan ini mengguris hati Cik Nadia,saya ingin memohon maaf terlebih dahulu.Sebenarnya saya ingin memberitahu Cik Nadia bahawa saya suka akan Cik Nadia kerana perwatakan dan sebagainya bukan kerana wajah Cik Nadia yang menyerupai Intan tetapi saya memang ikhlas mencintai Cik Nadia dan saya ingin mengambil Cik Nadia sebagai Pasangan hidup saya.Mungkin Cik Nadia kata masih belum untuk kita berkenalan antara satu sama lain tetapi bagi saya,saya tidak ingin tangguh keran khutatir perkara lama terjadi semula.Jika Cik Nadia sudi beritahulah saya".
Pada waktu itu aku memang berdebar-debar untuk memberitahu tentang perasaan ku kepada Nadia.Namun Perkataan yang keluar dari mulut Nadia amat mengejutkan diriku ini.
Cik Moiez,sebenarnya saya pun mempunyai perasaan terhadap Cik Moiez dan pada waktu adik Cik Moiez bertanya kepada saya akan soalan itu,hati saya memang sudah bersedia untuk menerimanya.Dan Cik Moiez,saya sudi menjadi pasangan hidup Cik Moiez".
Tidak boleh ku gambarkan perasaan aku pada ketika itu,hati aku amat gembira setelah mendengar kata-kata dari Nadia.Akhirnya Aku akan bergelar suami.hihi.Setelah aku pulang kerumah,aku menceritakan detik yang menyeronokkan itu kepada ibuku dan ibuku amat gembira mendengarnya."Syukur Moiez,Moiez dah jumpa jodoh Moiez". Ujar ibuku.Terima Kasih Ya ALLAH kerana mendengar luahan hati hambamu ini.Aku bercadang untuk tidak mengambil masa yang lama untuk mendirikan rumahtangga kerana aku seakan-akan 'fobia' kerana takut kehilangan seseorang yang aku sayang sekali lagi.Intan, abang harap Intan merestui apa yang abang lakukan ini.Aku terus dibuai mimpi.

Bersambung....Carta Hati part 10
Selamat membaca

Comments

Popular Posts