#28 Carta Hati part 8

"Adek,Im,Afiq, jom cepat sikit". Aku memanggil adik-adikku untuk ke kenduri di rumah Nadia.Ibuku tidak ikut bersama kerana menghadiri kenduri di dalam kampung.Aku pergi mengambil Syazwan dan terus bergerak ke rumah Nadia. "korang tahu tak korang nak ke rumah bakal isteri abang Moiez korang nih". Kata Syazwan kepada adik-adikku. "ish, mane ada la ko nih...Adik tak payah nak percaya semua tu...dusta belaka". Ujarku semula.Namun di hatiku sering berkata yang dia jodohku.Setelah aku sampai di rumah Nadia,aku seolah-olah sedang melihat sebuah villa yang sangat cantik dan besar.Jika dibandingkan dengan keluarga ku memang jauh bezanya.Ramai juga yang keluarga Nadia jemput.Kenduri ini adalah sempena Adik Nadia yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM,jadi macam majlis kesyukuran."Cik Moiez,terima kasih kerana sudi hadir ke kenduri saya yang tak seberapa ini". Katanya. Adik aku Haikal tiba-tiba mencelah dan berkata "betulke akak nanti nak kahwin dengan abang Moiez,seronoknye". pertanyaan itu membuatkan ku segan sangat.Memang merah padam mukeku waktu itu.Sifat Haikal seperti diriku,ingin mendapatkan kepastian atas apa yang didengar.Ni semua gara-gara Syazwan."Wan Siaplah ko lepas nih". Bicaraku sendiri. "InsyaALLAH kalau ada jodoh".Jawab Nadia. Aku seperti ingin larikan diri dari dia kerana aku tersangat malu.Aku Senyum padanya dan terus beredar dari situ untuk bersama-sama staf lain. Setelah tetamu ramai yang pulang,aku berjumpa Nadia untuk mengucapkan terima kasih. "Cik Nadia,ermm terima kasih kerana menjemput saya sekeluarga dan berkaitan adik saya tu,saya minta maaf ye.Syazwan la punca ni semua". "Sama-sama Cik Moiez,oh pasal tu tak pe, saya tak ambil kisah. Macam saya katalah,kalau ada jodoh tak kemana juga". Aku dan Nadia hanya Ketawa. "Yeah,nanti dapat akak baru". Tak habis-habis Haikal ingin mengenakan aku ni.Intan,harap Intan memahami abang,abang akan sentiasa rindukan Intan.Aku dan adik-adikku berhenti di pasaraya untuk membeli barang dan terus ke rumah. Seperti biasa,Haikal lah orang pertama yang pergi berjumpa ibuku dan bercerita tentang kenduri itu.Aku dan Lain hanya ketawa dengan perangai adik kami ni. Ahh... aku kembali memikirkan si Nadia. Secara tiba-tiba aku terasa ingin mesej Nadia.Pada malam itu aku dan Nadia hanya berbalas mesej sahaja sedangkan kami boleh berjumpa di pejabat pada esok hari.Adakah ini yang terjadi kalau mereka yang sedang di lamun cinta?.

Bersambung.........Carta Hati Part 9

Selamat membaca..

Comments

Popular Posts