#25 Carta Hati part 7
"Terus terang je ngan dia Moiez,aku tahu ko suke dia,Hmmm alamatnye aku melepas lagi la ni..nasib2". Ish,Syazwan ni,dalam serius masih boleh buat lawak dia ni. "Aku memang nak bagitahu dia tapi aku takut dia fikir aku suke dia sebab rupa dia yang same dengan Intan.." bilang ku kepada Syazwan. "Ahh senang-senang biar akulah yang 'tackle' dia". ujar Syazwan semula.Aku hanya ketawa dengan ayat si Syazwan itu."Cik Moiez,Minggu depan ada sedikit kenduri di rumah saya,jadi jemputlah datang bawa keluarga Cik ke rumah". "untunglah ko Moiez,dia pelawa ko jer,aku ni dia tak nampak..Hmm dah nasib badan". Syazwan mencelah perbualan antara aku dan Nadia." Eh,Cik Syazwan pun dijemput hadir..semua staf saya jemput". "Saya akan datang Cik Nadia,jangan risau". Kata Syazwan penuh semangat. Nadia hanya ketawa dan ketawanya sungguh manis bagi aku."Intan,Abang Harap Intan mengerti situasi abang sekarang ini". Keluhku sendirian."En. ni fail yang En. nak". Aku menyerahkan fail tersebut dan terus mengemas barang untuk pulang kerumah. Aku memberitahu ibuku tentang perlawaan Nadia pada minggu hadapan.Ibuku hanya mengangguk tanda setuju.Tetiba hatiku rase berdegup-degup apabila aku memberitahu tentang perkara tersebut.Adakah ini suatu petunjuk.Ahh,Aku menghiraukan perasaan aku dan menolong adik-adikku dalam pelajaran mereka.Seperti biasa,tepat jam 11.00pm aku dan adik-adikku naik ke atas untuk tidur.Sebelum aku dihanyut oleh mimpi,fikiran ku terbayang-bayang akan Nadia.Aku pun hairan tetapi itula realitinya.Ah, jangan dilayan sangat perasaan ni,lain jadinya nanti.aku terus dihanyut oleh mimpi."Asalamualaikum, Moiez,ko boleh datang ambil aku kt rumah aku tak,Motor aku buat hal sikitlah". Syazwan menelefon aku untuk tumpangkan dia di rumahnya.Rumahku dan Syazwan tidaklah jauh sangat hanya dipisahkan oleh lebuhraya sahaja.Aku mengambilnya dan terus ke pejabat.Pada hari ini Nadia dan En.Amin tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat."Aik, Moiez sehari tak nampak dah rindu.hihi". ketawa Syazwan."Ish ko nih,aku mane ada rindu kat dia pun". Aku menegakkan pendirian aku. Memang betul aku tidak rindukan dia.Hari sudah lewat petang,aku menghantar Syazwan ke rumahnya sebelum berangkat ke rumahku.hmm...memang aku jadi driver dia sementara waktu.haha... "Abang,tolong Im wat kerja ni jap". Ujar Naim sebaik sahaja aku membuka pintu rumahku.Dengan masih berpakaian pejabat,aku menolong Naim soalan matematik yang susah baginya.Aku agak kehairanan apabila aku mendapati rmahku sunyi dengan suara Haikal dan Syafiq. "Mane Haikal ngan Afiq,Ibu?". Pertanyaan ini aku tujukan kepada ibuku yang baru turun dari tangga."Haikal ada kat atas,Afiq pula dah tidur,sebab dia kate tak sihat badan". Jawab ibuku. Aku pun naik keatas,membersihkan diri dan menunaikan solat dan terus membawa Syafiq ke klinik berdekatan.Aku diberitahu Syafiq demam dan diberi cuti sakit selama 3 hari.Setelah pulang dari klinik,aku menyuruh Syafiq memakan ubat dan berehat."Abang Afiq sakit ke?". Tanya Haikal sambil memegang dahi Syafiq.Haikal memang manja dengan Syafiq daripada orang lain.
Bersambung..........Carta Hati part 8
Selamat membaca
Bersambung..........Carta Hati part 8
Selamat membaca
Comments
Post a Comment