#21 Carta Hati part 6

"Im,Afiq,adek, bangun sembahyang subuh,lepas tu kite pergi jalan-jalan". Aku mengejutkan adik-adikku yang masih tidur di atas katilku.Aku tidak lupa akan apa yang Naim pernah kata kepadaku,"abang,katil abang bestla tidur...nyenyak je tidur". Seperti kebiasaan pada hari sabtu selepas menunaikun solat subuh secara berjemaah,aku dan adik-adikku akan menolong ibuku menghantar semua kuih yang ditempah.Selepas itu aku akan membawa adik-adikku bermandi manda di pusat akuatik Shah Alam.Naim adalah orang yang paling gembira apabila tibanya hari sabtu kerana dia sangat suka berenang.Tujuan aku membawa adik-adikku bersiar-siar adalah untuk merehatkan diri setelah 5 hari belajar,begitu juga aku.memang rutin setiap sabtu aku akan membawa mereka mandi-manda di pusat akuatik Shah Alam.Aku ingin mereka lepaskan segala stress dan tekanan yang mereka hadapi di sekolah masing-masing.Dahulu aku juga selalu membawa Intan ke sini,jadi terdapat juga kenangan aku bersama Intan di pusat akuatik itu.Selepas berjam-jam merendamkan diri,kami singgah di Giant untuk menjamu selera di Restoran Chicken Rice Shop.Sedang kami menjamu selera di restoran itu,kami disapa oleh suara wanita yang aku pernah dengar.Rupanya itu adalah suara Nadia."Abang,ini kembar kakak Intan ke?". Tanya Syafiq yang kehairanan. "Takdelah Afiq,ni kakak Nadia,staf baru di pejabat abang,menggantikan kakak Intan sebagai setiausaha. Setelah aku mengenalkan adik-adikku kepada Nadia,dia pun beredar dari situ kerana ada urusan."Ibu,tadi kami jumpa orang muka macam kakak Intan,betul,dia tegur abang". Dengan penuh perasaan adikku si Haikal menceritakan kepada ibuku.Ibuku hanya mengangguk kerana ibuku sudah tahu akan semua itu."Semua pergi siap-siap kita nak sembahyang dah ni".Selepas menunaikan solat,semua merebahkan diri di katil masing-masing. Tinggallah aku dan ibuku."Ibu,ni untuk siapa pulak ibu ambil tempahan ni?" Tanyaku hairan kerana kuih yang dibuat ibuku agak banyak. "Ni haa..anak pak cik Samad,anak dia nak bertunang esok.Jadi dia nak hidangkanlah kepada tetamu yang hadir. Aku bersalam dengan ibuku dan terus naik ke atas.Ibuku selalunya akan tidur lewat malam."Aik Moiez,aku tengok ko dah makin ceria je dari dulu...apa rahsianya..mesti si Nadia tu kan..haha".Ujar Syazwan yang melihat aku makin semangat di pejabat.Memang tidak boleh aku sudah gembira semula.Aku bersyukur aku telah bangkit dari kesilapan-kesilapan yang lepas.Tiadak dinafikan juga aku dan Nadia agak rapat tetapi hanya sebagai rakan sepejabat. "Biasaje Wan,Nape ko tak suke aku dah gembira ke?". Tanyaku saja.Wan hanya menggeleng dan terus ke tempatnya kerana mempunyai banyak yang perlu diselesaikan.sebenarnya sudah ada timbul rasa cinta aku terhadap Nadia tetapi aku tidak mahu mencintai Nadia sebagai Intan.Arghhh,pening sungguh kepala aku bila difikirkan tenteng semua ini."Moiez,jom 'lunch'" jerit Syazwan memanggil aku.Aku segera pergi.
Bersambung.....Carta Hati part 7
selamat membaca....

Comments

Popular Posts