#20 Carta Hati Part 5

"Ermmm, Cik Moiez keluar 'lunch' ngan sape hari ni,leh tak Cik Moiez temankan saya memandangkan Cik Syazwan cuti". terdengar satu suara yang mengajak aku keluar 'lunch'. "oh,Cik Nadia...boleh jugak..saya tak kisah". Aku dan Nadia pergi di Restoran Chicken Rice Shop di Giant Shah Alam. "Sebenarnya Cik Moiez,saya ingin tanya soalan sejak saya masuk ke syarikat itu...saya ada dengar dari staf lain tentang Nur Intan Syazwani.Boleh saya tahu siapa dia?". pertanyaan itu telah membuat hatiku hiba sementara sebelum menjawab soalan tadi. Aku mengeluarkan gambar Intan lalu berikan kepada Nadia. Aku melihat Nadia tergamam kerana mukanya sama saperti Intan. "Intan adalah setiusaha lama di pejabat itu dan juga kekasih saya,tapi dia sudah pergi jauh meniggalkan kita semua kerana sakit....". Riak wajahku berubah apabila teringatkan Intan. "Intan,abang rindu Intan...". kataku dalam hati. Saya minta maaf andai soalan saya tadi kurang menyenangkan Cik Moiez..". Tak pe Cik Nadia,malu bertanya sesat jalan". Sahaja aku menghiburkan hatiku ini."Terima kasih Cik Moiez kerana sudi 'lunch' dengan saya". Ujar Nadia. Aku hanya mengangguk dan terus melakukan kerja.Hmm terpaksalah aku kerja sampai malam kerana banyak benda yang perlu aku siapkan menjelang esok hari."Asalamualaikum Wan,mane dokumen yang aku suruh ko print 2 hari lepas....ok2..aku dah jumpe..tshanks". Aku menelefon Syazwan untuk meminta dokumen yang perlu aku hantar pada esok hari. "Asalamualaikum,ibu Moiez dah balik". "Moiez,kenapa lambat balik,banyak kerja ke kena siapkan". Aku hanya mengangguk dan terus ke atas untuk membersihkan diri. Kelihatan adik-adik aku menonton televisyen di halaman rumah. "Ibu,ada apa apa yang Moiez boleh tolong". Ujarku melihat ibu seorang diri di dapur. "tak pelah Moiez,tak banyak pun tempahan kuih untuk dihantar esok hari,ibu boleh buat,Moiez pergilah tonton tv ngan adik-adik tu". Aku hanya menurut kata ibuku.Aku pernah memberitahu ibuku supaya berhenti untuk mengambil tempahan kuih kerana aku boleh menyara keluarga ini tetapi ibuku ingin juga membuat kuih kerana aku diberitahu ibuku iaitu kerana jualan kuih inilah ibuku dan ayahku bertemu. Adik-adikku suka bermanja dengan aku,kekadang si Haikal akan tidur di bilikku.Aku memahami perasaan mereka,pada usia yang muda,mereka sudah tidak dapat kasih sayang seorang ayah.Jadi dengan siapa lagi mereka ingin bermanja mesra jika bukan dengan aku.Aku berumur 20 tahun,Haikal pula 4 tahun,Naim berumur 7 tahun dan Syafiq berumur 10 tahun ketika ayahku meninggal dunia. Sejak dari itulah adik-adik aku kehilangan kasih sayang seorang ayah dan sebab itulah aku tidak kisah jika mereka ingin menceritakan tentang apa yang terjadi di sekolah kerana aku adalah ayah bagi mereka. "Afiq,Im,adek...kerja sekolah dah siap ke?". Itulah nama panggilan mereka di rumah. "Kitorang buat sama-sama tadi..semua dah siap dah abang". Ujar Syafiq. Seperti biasa selepas sembahyang Maghrib,mereka akan mengaji bersama ibuku sehingga isyak,selepas itu mereka membuat kerja sekolah masing-masing dan barulah mereka dibenarkan menonton televisyen seningga pukul 11 malam. Itulah peraturan aku kepada adik-adikku dan Alhamdulillah mereka mengikutnya. Itulah juga peraturan ayahku kepada aku sewaktu aku bergelar pelajar sekolah. "Ok dah pukul 11 malam,tutup tv,pergi salam ibu dan naik atas tidur". Aku turut naik ke atas untuk merehatkan diri. Apabila aku masuk ke bilikku,kelihatan mereka bertiga di atas katil.Nasib baiklah katil aku bersaiz King yang boleh memuatkan mereka semua. "Abang kami semua tidur di sini tau". Kedengaran bunyi gelak ketawa dari mereka. "Afiq pun nak tidur sini ker,kan dah berumur 13 tahun,nanti awek dengar malulah". "Tak pe abang, keluarga lagi penting dari awek". ujar Syafiq lantas menimbulkan suasana yang riuh di bilikku. Aku hanya membiarkan mereka tidur di katilku. Aku mengambil 'Toto' di bilik stor dan menghamparkan bersebelahan katilku dan terus merebahkan diriku.
Bersambung....Carta Hati Part 6
Selamat membaca....Asalamualaikum

Comments

Popular Posts