#13 Carta Hati part 3

"Asalamualaikum En. Amin...Syazwan kata En. nak jumpa dengan saya". tanyaku dan aku agak kehairanan apabila melihat seorang wanita yang berada di dalam bilik En. Amin. "ye Moiez,selepas ini awak boleh kembali ke tempat kerja lama awak kerana ada yang akan menggantikan tempat Intan,dan awak jangan terkejut apabila melihat mukanya....,memperkenalkan Cik Sufi Nadia". Aku agak kaget kerana wajah wanita itu tidak tumpah seperti wajah Nur Intan Syazwani, kekasih aku itu. Wajah ini jugalah aku jumpa sewaktu aku dan Syazwan sedang menikmati makanan di Secret Recipe...Aku seperti tidak percaya. "Moiez,awak ok ke?saye tahu awak terkejut,pada mulanya saya temuduga Cik Nadia,saya pun agak terkejut". Khabar En. Amin. "Bagusla En.Amin,bolehla saya mula kemas barang saya ye,minta maaf En.Amin saya pergi dulu". Aku terus meninggalkan bilik En. Amin dengan rasa yang bercampur baur....rasa gembira pun ada kerana wajahnya seperti kekasih aku,rasa rindu pun datang menyapa hati ini kepada Intan. YA Allah...kuatkanlah hati Hamba mu ini... "Moiez,ko nak ke mana pulak ni?".Tanya Syazwan yang kehairanan aku mengemas barang aku. "aku akan kembali ke meja aku kerana syarikat dah dapat setiausaha baru". jelasku ringkas. "Oh, Ye ke...lawa tak setiausaha baru tu...dekat mane dia sekarang?". "Dia still dalam bilik En. Amin. Nanti keluar la tu."ujarku terus mengangkat barang ku ke tempatku semula."Intan, abang rindu sangat kat Intan". Keluh hati aku sendirian. Syazwan pula aku lihat dia tidak senang duduk kerana ingin melihat siapakah setiausaha baru di syarikat itu dan aku berani jamin dia juga akan terkejut apabila melihat si dia seperti mana aku. "Maknanya selepas ini bos mesti suruh ko ajar budak tu kan,ish...melepas la aku". Kata Syazwan yang sedang menanti pintu bilik En. Amin terbuka.Jika diikutkan,betul juga omongan Syazwan,aku akn ditugaskan mengajar Cik Sufi Nadia tentang kerja setiausaha ini.Dalam diam bibirku menguntum senyuman kerana sebelum ini Intan ada Mengajarku serba sedikit tentang tugas setiauasaha ini,tapi sekarang aku harus mengajar Cik Nadia yang seiras Intan tentang setiauasaha ini."Oit Moiez,ko ok tak...tetibe je senyum sorang-sorang..takut gak aku".Khabar Syazwan apabila melihat aku tersenyum sorang-sorang.Kedengaran pintu En. Amin terbuka dan semua staf di syarikat aku seperti 'paparazi' sedang menunggu setiausaha baru itu keluar."Asalamualaikum semua,perkenalkan ini Cik Sufi Nadia setiuasaha baru syarikat ini dan saya berharap anda semua boleh memberi kerjasama dengan beliau k...Moiez,awak akan mengajar Cik Sufi Nadia serba sedikit tentang tugas setiausaha ini ye".Kata En. Amin lalu terus masuk semula ke biliknya.Apabila mereka melihat Cik Sufi Nadia,semua memandangku dan ada yang bertanya kepada ku termasuk la Syazwan."kenapa ko tak gtau Intan ada Kembar?"."Intan tak ada kembar lah,itu pelanduk dua serupa sahaja".ujarkan dan aku terus melakukan kerjaku sebagai seorang typer di syarikat itu."Asalamualaikum,ibu Moiez dah balik...ibu kat mane?"ibu kat dapur Moiez".Aku terus menuju ke dapur dan memberitahu apa yang berlaku di tempat kerja aku."Abang,esok hari 'report card' adek...abang datangla ngan ibu ye".sampuk adek aku,Naim yang berumur 10 tahun."ye Im,nanti abang bawa ibu pergi ye".Ujarku dan terus ke kamarku untuk membersihkan badan dan menunaikan solat."Asalamualaikum En. Amin,esok saya datang lambat sikit ye sebab esok saya perlu ambil 'report card' adik saya.Terima kasih En".Aku bersyukur kerana mendapat majikan seperti En. Amin kerana dia memahami keluarga ku.Dia adalah kawan baik kepada Arwah ayahku yang sudah pergi meninggalkan kami 2 tahun.Sejak ari itu akulah yang berusaha membesarkan 3orang adik aku yang agak nakal.Ibuku seorang suri rumah."Moiez,nanti kamu jagalah ibu dan adik-adik kamu elok-elok ye"ujar ayah sebelum dia pergi meninggalkan kami.Dari hari itu juga En. Amin banyak membantu kami sekeluarga.
BERSAMBUNG......Carta Hati Part 4
hyp korang jagan lupe ye komen supaya Mr.Iez boleh memperbaikinya....
Asalamualaikum...

Comments

Popular Posts